PISAU & ALAT GANTI UNTUK PEMANGKASAN KAYU

Alat Ganti Pisau Penghancur

Penggunaan alat ganti TKM pada mesin penghancur boleh menghasilkan habuk kayu yang berkualiti dan homogen. Habuk kayu ini sesuai untuk industri pembuatan kertas dan selulosa.

TKM Group menawarkan alat ganti untuk pisau penghancur bagi semua pengeluar mesin, antara lain termasuk :

✔ CAE Hombak ✔ Globus
✔ Klöckner ✔ Maier
✔ Pallmann ✔ Pessa
dan lain-lain  
info-icon

Pisau Pemotongan Profil

Selain segmen dan gelang pemotongan profil, kami juga menyediakan pisau pemotongan profil dalam rangkaian produk kami. Ia bukan sahaja menyokong langkah pengeluaran blok/kayu segi empat yang disebutkan di atas, tetapi mempunyai pengaruh langsung terhadap proses seterusnya di mana hasil pemotongan yang berbeza kualiti akan digunakan dalam industri yang berbeza, iaitu industri bahan kimia, pelet dan pulpa.

Sejak permulaan proses pengeluaran lagi, alat pemotongan kami sentiasa memastikan setiap batang kayu balak dipotong dan digunakan secara optimum.

Ciri-ciri Teknikal:

  • Diperbuat daripada keluli tahan haus seperti W.1.2360 atau bahan khas terpilih
  • Menghasilkan saiz standard dan mengikut keperluan pelanggan masing-masing
  • Rawatan haba yang optimum dan reka bentuk khusus untuk memotong bentuk geometri

Talian terus untuk anda

Sila hubungi kami di +60 (3) 7875 - 7669 atau melalui e-mel: tkms@tkmsg.com

Perlu segera? Sila isi borang dalam talian di bawah dan kami akan menghubungi anda secepat mungkin!