Pisau untuk Industri Tisu Tandas

Pisau Kertas Bulat (LogSaw)

Kami mengeluarkan LogSaw untuk semua jenis mesin biasa, antara lain termasuk:

✔ Fabio Perini ✔ PCMC
✔ Futura ✔ Gambini
✔ Kawanoe Zoki ✔ Bretting
✔ Bao Suo ✔ Dechangyu
✔ MTC dan lain-lain

Kelebihan Pisau Kertas Bulat TKM (LogSaw):

  • Lompatan lateral 25% lebih rendah berbanding spesifikasi OEM
  • Pengeluaran automasi sepenuhnya
  • Rawatan haba dalaman
  • Pemeriksaan kualiti sebanyak 100% sebelum penghantaran
  • Setiap bilah pisau boleh dijejak secara individu
LogSaw_Messwerte
LogSaw_verpackung_2020

Unik, automasi sepenuhnya dan pengawalan kualiti 100%

Setiap bilah pisau diperiksa dan diimbangi secara dinamik

Kami menggunakan mesin automasi yang paling moden untuk memeriksa dan mengukur semua dimensi setiap bilah pisau. Nilai ukuran, hala paksi dan jejari akan diukir pada setiap pisau untuk memastikan keselamatan pelanggan.
Untuk menjamin kualiti produk dan penjejakan pada masa akan datang, setiap bilah pisau akan dibina datanya sebelum penghantaran kepada pelanggan.

Ringkas, Lestari & Boleh Dikitar Semula

Pembungkusan Lestari untuk Pisau Berkualiti Tinggi

Kelebihan pembungkusan LogSaw TKM:

  • Keselamatan diutamakan
  • Diperbuat daripada kadbod beralun
  • Boleh dikitar semua
  • Tahan cuaca
  • Lebih ringan
  • Lestari
info-icon

Pisau kertas bulat dengan salutan unik

Geseran di antara pisau pemotong dan gulungan tisu tandas (terutamanya gulungan AFH) akan menghasilkan suhu pada pisau. Untuk menyelesaikan masalah ini, TKM telah mencipta sejenis salutan berasaskan logam. Salutan yang istmewa ini akan mengurangkan geseran di antara pisau dan kertas di samping menjadikan pisau lebih kukuh.

Kelebihan:
✔ Meningkatkan produktiviti mesin
✔ Meningkatkan kualiti pemotongan

Pengumpulan haba adalah masalah lazim bagi LogSaw. Untuk penyelesaian masalah ini, sila rujuk “Katalog Trobleshooting”.
TKM-Härterei
Soalan lazim berkaitan LogSaw
Apakah saiz bagi LogSaw TKM?

LogSaw/Pisau Kertas Bulat TKM tersedia dalam saiz-saiz berikut:

  • Ø 610 mm
  • Ø 700 mm
  • Ø 810 mm
  • Ø 870 mm
  • Ø 1000 mm

  • TKM juga mampu mengeluarkan saiz-saiz lain dalam lingkungan saiz standard di atas.
LogSaw TKM dihasilkan di kilang Remscheid. Adakah rawatan haba juga dijalankan secara dalaman?

Ya. Kami melakukan penambahbaikan yang berterusan untuk LogSaw di kilang Remscheid sejak tahun 2007. Pada tahun 2019, pusat lindap-kejut baharu kami yang dilengkapi teknologi moden telah mulai beroperasi di kilang Remscheid.

Bagaimanakah TKM mengekalkan tahap kualiti yang tinggi dalam jangka pangang?

Selama ini, TKM telah membuat pelaburan yang beterusan dalam mesin automasi yang moden dan canggih. Sesugguhnya, pisau kami akan diperiksa sekali lagi sebelum penghantaran ke pelanggan dan parameter-parameter berkaitan kualiti akan dilasercetakkan ke atas pisau.

Apakah masalah yang biasa timbul apabila menggunakan LogSaw?

Untuk menjawab semua soalan berkaitan masalah yang mungkin timbul, kami telah menyusun sebuah katalog "Trouble-Shooting” yang menyenaraikan semua masalah lazim.

Talian terus untuk anda

Sila hubungi kami di +60 (3) 7875 - 7669 atau melalui e-mel: tkms@tkmsg.com

Perlu segera? Sila isi borang dalam talian di bawah dan kami akan menghubungi anda secepat mungkin!