Kisah kejayaan TKM Group bermula pada tahun 1908, bertitik tolak dari pengeluaran pisau mesin dan penubuhan tapak kilang di Remscheid, Jerman.
Kini, TKM Group Ia terdiri daripada 12 anak syarikat di 10 buah negara di Eropah, Amerika dan Asia, di samping mempunyai rangkaian jualan dan perkhidmatan yang luas merentasi seluruh dunia. TKM Group mempunyai tapak pengeluaran di Jerman, Austria, Belanda dan Finland. Produk kami diedarkan oleh staf jualan kami sendiri, anak syarikat dan agensi kami.
Portfolio Poduk kami meliputi Pisau Industri, Pisau Mesin, Rakel, Gergaji, Komponen Mesin, Barang Ganti Mesin Cetak dsb. Peralatan ini sesuai digunakan untuk Industri Kertas, Industri Kayu, Industri Plastik, Industri Getah/Tayar, Industri Kitar Semula, Industri Makanan dan Industri Kimia.
Selain itu, TKM juga menawarkan rangkaian perkhidmatan yang meluas untuk alat pisau dan alat tukang anda. Portfolio Perkhidmatan kami termasuk Pengasahan, Pembaikian, Pengubahsuaian dan Salutan untuk memanjangkan hayat peralatan. Selain itu, kami juga mengadakan Seminar Teknikal dan Simposium Pemotongan bagi membincangkan secara mendalam tentang parameter-parameter yang penting untuk hasil pemotongan yang sempurna.
