Boleh terurai secara biologi, kelestarian, kitar semula

Kelestarian di TKM

Kelestarian di TKM Group

Kelestarian merupakan keutamaan terunggul di TKM Group. Tanggungjawab terhadap manusia dan persekitaran bermula dari keadaan kerja, rantaian bekalan dan pengeluaran. Ini termasuk pengauditan sistematik pembekal, penggunaan sumber secara cekap dan teliti, serta kurangkan pelepasan dan pembaziran di sepanjang kitaran hayat produk.

Pekerja kami diberi latihan dari segi perlindungan alam sekitar dan proses pengeluaran kami adalah berdasarkan sistem pengurusan alam sekitar dan tenaga yang diperakui, iaitu ISO 14001 dan ISO 50001.

Konsep kelestarian kami juga berlanjutan ke pihak pelanggan. Produk dan sistem yang cekap tenaga dapat mengurangkan penggunaan sumber. Pelanggan bukan sahaja mendapat manfaat daripada kualiti produk yang baik, tetapi juga keseimbangan tenaga yang lebih baik – kos tenaga yang lebih rendah – dan hayat penggunaan produk yang lebih panjang.
VDMA-Nachhaltigkeitsinitiative

VDMA – Inisiatif Kelestarian

Sebagai sebuah syarikat pembuatan antarabangsa, kami menggunakan sumber alam sekitar secara teliti dan bertekad untuk melindungi persekitaran dan alam semulajadi. Kami memandang berat perkara ini kerana ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial kami. Ini juga sebabnya kami
menyertai Blue Competence Initiative (Inisiatif Kecekapan Biru).

Initiatif (Blue Competence)
Blue Competence melambangkan kepimpinan inovasi dan teknologi dalam kejuruteraan mekanikal dan loji berkenaan dengan penyelesaian lestari. Berdasarkan piawaian yang diperakui, jenama "Blue Competence" melabelkan semua ahli, peserta dan rakan kongsi inisiatif sebagai penyedia penyelesaian yang dapat meningkatkan kualiti hidup, mesra alam, cekap tenaga, cekap sumber serta pemacu pasaran.

Talian terus untuk anda

Anda mempunyai pertanyaan atau cadangan? Sila jangan teragak-agak untuk menghubungi kami dengan telefon, e-mel atau borang hubungan.