PISAU UNTUK PENGELUARAN BUKU

Pisau dan Peralatan untuk Mesin Penjilidan Buku

✔ Pisau pencarik ✔ Pemotong habuk ✔ Pemotong Perata ✔ Pisau Penakuk ✔ Pisau tiga hala  ✔ Bar Pemotong

info-icon

Pengeluaran buku dengan TKM

"Penjilidan buku" ialah langkah terakhir dalam proses pengeluaran buku, ia hanya boleh dilakukan selepas semua kerja cetakan selesai. Selepas susun dan gabung, blok buku ini digiling dan dipotong untuk persediaan penjilidan.

Sekarang giliran kami pula, helaian bercetak akan dilipat untuk dijadikan timbunan yang dipanggil "blok buku". Kemudian, pisau pencarik kami digunakan untuk meratakan tulang belakang buku di samping mengasarkannya supaya gam boleh mengikat dengan kuat. "Tindakan" ini berlaku di sepanjang tulang belakang buku, ia dikasarkan langkah demi langkah dengan terancang.

Selepas tulang belakang buku dikemaskan dengan sempurna, tiga halaman yang baki perlu dipotong. Kerja ini dilakukan oleh pisau tiga hala, ia nampaknya macam gunting tetapi spesifikasinya sangat tinggi. Kenapa? Kerana gam, tindakan ini boleh menyebabkan gam melekat pada pisau. Untuk menghasilkan buku yang sempurna, ia mesti diletak gam terlebih dahulu sebelum pemotongan. Ini adalah untuk memastikan tulang belakang buku disambungkan secara sekata dan blok buku tidak bergerak. Gam yang biasa dipakai termasuk gam penyebaran, gam panas-cair atau gam berasaskan poliuretana.

Langkah terakhir ialah penjilidan blok buku ke dalam kulit, atau dikenali sebagai penutupan buku. Terdapat dua jenis kulit buku, iaitu kulit lembut dan kulit keras. Kulit lembut biasanya terdiri daripada sekeping kadbod lembut atau fabrik yang panjang. Kulit keras pula biasanya terdiri daripada 4 bahagian, iaitu dua penutup, sisipan belakang dan fabrik.

Buchbinderei-Pustet

Kami bersyukur kerana mempunyai mesin penyamarataan berprestasi tinggi TKM di stesen produksi kami, ia amat membantu dalam pengisaran tulang belakang buku, lebih-lebih lagi mampu mengurangkan kos kami! Terima kasih kepada TKM atas produk yang hebat dan nasihat yang terbaik.

quote iconEn. Hallmann, Ketua Kejuruteraan Industri di Friedrich Pustet GmbH & Co. KG

Talian terus untuk anda

Sila hubungi kami di +60 (3) 7875 - 7669 atau melalui e-mel: tkms@tkmsg.com

Perlu segera? Sila isi borang dalam talian di bawah dan kami akan menghubungi anda secepat mungkin!